Monday, February 14, 2011

BERSAMA MEMBINA AKHLAK



APAKAH PANDANGAN ORANG LAIN TERHADAP DIRI KITA?
MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBINA AKHLAK SUPAYA DISUKAI OLEH ORANG LAIN….




1. Sebarkan Salam - Ucapan salam pengikat kasih sayang. Kita mendoakan kesejahteraan orang lain yang merupakan amalan yang terpuji.

           
2. Hidupkan Amalan Ziarah - Keperihatinan kepada orang lain. Menziarah terutama ketika orang sakit atau ada kematian. Ianya dapat mengingatkan diri kita juga tentang kematian yang bakal kita alami apabila sampai waktunya.


3. Bercakap Benar – Agar diri kita lebih disukai, lebih dipercayai dan sentiasa berkata benar sekalipun ianya pahit.


4. Jujur Dan Amanah - Jujur dalam tingkah laku dan amanah dalam perlaksanaan. Kepercayaan yang diberikan kepada kita amat mahal, ianya tidak boleh dibeli.


5. Bertolak Ansur Dan Merendah Diri – Perlu kita ingat bahawa tiada insan yang sempurna. Kita mungkin akan bertegas dalam perkara prinsip tetapi kita boleh bertolak ansur dalam perkara lain.

           
6. Hulurkan Bantuan Dalam Perkara Kebaikan – Ringan-ringankan tulang, tolong sesiapa sahaja. Menolong hanya dalam perkara kebaikan bukan untuk kejahatan atau kemungkaran.


7. Sentiasa Menasihati Orang Lain -Teguran dan nasihat dapat menyedarkan mereka yang alpa. Apabila ianya diamalkan, mereka akan kembali ke pangkal jalan, membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan dan kita sentiasa di ingatan.


8. Menunaikan Janji - Janji adalah kalimah yang mudah dilafazkan tapi sukar dilaksanakan. Memungkiri janji akan dibenci dan tidak akan dipercayai. Jangan mudah menabur janji jika  kita tidak mampu menepati.


9. Menzahirkan Rasa Kasih Sayang – Orang yang dikasihi akan merasakan dirinya dihargai. Tunjukkan bahwa kita kasih dan sayangkan orang lain. InsyaAllah kita juga akan dikasihi dan disayangi.

10. Senyum – Senyumlah. Senyuman itu tidak membebankan bahkan meringankan bebanan jiwa. Senyuman itu tidak menyakitkan, malah menyihatkan jiwa. Senyuman itu pengubat duka, penambah keceriaan. Bahkan semua tahu bahawa………….SENYUMAN ITU ADALAH SEDEKAH.


No comments:

Post a Comment